|
|
| Wednesday, 18-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Repost:Duhai hati..
|
|
Bismillah
As'kum
Beberapa hari menjelang Ramadhan,aku bersorak gembira.Sebabnya,dalam bulan2 poser nih setan2 sumer telah dibelenggu.So as i always think, i would be more behaved during this month of barakah without the evil whispers from them.How wrong i was...hehe..masa nih la baru nak realised,dosa-dosa,maksiat-maksiat yg aku lakukan selama ni bukanlah disebabkan godaan syaitan pun..buktinya...dlm bulan ramadhan nih perangai aku, cara fikir aku, panas baran aku,mulut murai aku, masih seperti dulu..tader perubahan pun...
masa nih barulah nak tersedar yang selama nih asek dok salahkan syaitan jer...padahal depa takdak buat apa pun,hati sendiri yang tak bersih...hati sendiri yang kotor..nafsu sendiri yang beraja...huhu...
Semalam selak-selak buku "Taman Orang-Orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu"
karangan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah...terjumpa ayat kat bawah nih..bukan sahaja sesuai untuk orang yang jatuh cinta dan memendam rindu,tapi untuk semua orang dlm semua keadaan.Menyentuh sedikit tentang pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah,Qada' dan Qadarnya.base on terjemahan sahaja..kupasan lebeh lanjut bleh check tafsir yang lengkap.Fi Zilalil Quran ker.
| Quote: |
[65.2]....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[65.3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
terjemahan Surah At-Tallaq ayat 2 dan 3
|
ada orang akan kata,biler susah,barulah nak ingat tuhan dengan nada mencemuh dan mengejek.aku pernah takut untuk dicemuh seperti itu.Sekarang,aku tak kesah, cemuh la,ejek la..kerana aku memang hamba yang hina.Hanya kepadaNya lah tempat kembali.
Rabbana Zholamna An'fusana Wa Illam Taghfirlana Wa Tarhamna Lanakunannaminal Khosirin.
p/s :ayat yg dipilih diatas adalah ayat seribu dinar yang selalu diamalkan oleh kebanyakan oranng....perlu diingat,bukanlah kerana membacanya pagi dan petang,bukanlah kerana membacanya setiap kali lepas sembahyang, yang membawa impak2 positif dlm hidup..bukan kerana ayat itu sendiri..tetapi kerana kurnia dari Allah yang kita pohon dan percaya akan janji2 Nya melalui ayat2 ..akan tetapi kurnia Allah adalah Hak Allah and will not necessarily follow this..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Oct-2006 22:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ISS photo competition
|
|
Bismillah
As'kum
Bulan lepas dapat email newsletter dari ISS officer pasal ISS(international student services) photo competition.Nak masuk ker tak..nak masuk ker tak..memula i letak tepi la dulu..hehe tapi ader plak beberapa member dok ingatkan i ttg competition nih..i think maseh terlalu awal la kot utk aku nak masuk mana2 pertandingan...tapi apa salahnya cuba kan?hehe...
bleh hantar up to 3 pics ...so this is the best three of the pics i have taken yang kiranya bleh la masuk kategori international student experience.hehe
Contestant 1 - This is my all time fav..jumpa budak nih masa first time pergi Coogee Beach...love his shy expression...memula nak amek gambar dier satu family sebenarnya..pastuh amek gambar adek dier..adek dier sebok main pasir,pastuh dier ngan bapak dier dtg dekat,i pun tanya kat dier,do u want me to take your pic? pastuh dier terus melorot kat kaki bapak dier,malu..hehe..memula dier nyorok belakang,pastuh caner ntah..sambil cakap2 ngan mak dier i curik satu shot..hehe..yg nih b&w version,which one is better?
this one kak qayya graduation,love the expression too..hehe..suker la dier dah abes blaja..huh!(nada jeles)
yang nih plak,gambar yg mesti akan mengingatkan aku kepada peristiwa sesat tak tau jln balek sbb botanic garden nyer gate dah tutup..yang juga membawa kepada penemuan sebuah muzium...hehehe..
Marlina Jamal wrote:
| Quote: |
To my kakak("your kakak") --huhu,musykil neh..siapakah dirimu..sorry sgt sbb i ramai ''kakak' yang i met kat sydney nih..hehe..sumer2 pun kakak saya,since saya takder kakak betul..kalo kakak ipar tuh ader la..but i dun think she knows about my page nih..haha..even Maznah pun my kakak..suspek masih tidak dapat dikenalpasti..huhu..
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Oct-2006 01:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Memujuk Hati..S.A.B.A.R
|
|
Bismillahirrahmanirrahim
As'kum
Berikut adalah ayat2 didalam Al-Quran yang ada perkataan S.A.B.A.R didalamnya.I think there's a few more,but not really applicable in the context of me trying to 'memujuk hati sendiri' so i just exclude those...aku bukan lah seorang manusia yang sabar..in fact..panas baran pun yer
Motto aku "kalo orang marah aku,aku marah dier balek"
huhu...so ayat yang paling applicable sekali untuk aku pada ketika ini ttg sabar,are those two from Surah Al Fussilat..
Surah Ar-Ra'd
| Quote: |
[13.22] Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
[13.23] Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -
[13.24] (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
|
Surah An-Nahl
| Quote: |
[16.96] (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
|
Surah Al Baqarah
| Quote: |
[2.45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
[2.249] ..."Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
[2.153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
[2.155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
|
Surah Al Haj
| Quote: |
[22.34]...dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
[22.35] Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
|
Surah Al Ankabut
| Quote: |
[29.58] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh -
[29.59] (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.
|
Surah Ali Imran
| Quote: |
[3.15] Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;
[3.16] (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";
[3.17] (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
[3.119] Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[3.120] Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
[3.142] Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
[3.146] Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
|
Surah Al Fussilat
| Quote: |
[41.34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
[41.35] Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
|
Surah Muhammad
| Quote: |
[47.31] Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu
|
Hati manusia nih selalu berubah-ubah.Sekejap nak jadik baik,sekejap rasa malas..sekejap pulak lagi rasa putus asa nak jadik baik..yg aku kenal benar ialah hati aku..hati aku camtu la kot..lemah..huhu.. ..kawan2 bantulah aku..huhu
Ya Allah,berilah aku kekuatan.Matikanlah aku dalam keadaan aku bertaubat.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Oct-2006 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Bismillah
As'kum.
I stare and stare at the blank whites of the textbox..a lot of things going on in my mind but none could be completely,perfectly transformed into words.yet.
hehe..so enjoy the colors of spring.yep once again.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Oct-2006 20:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
It's Spring and the flowers are blooming~~
|
|
Bismillah
As'kum
On sunday,i pegi botanic garden amek gambar..ngehngehngeh...kepada sesiapa yang nak tanya ttg group photo yg i mention in my previous entry,well,everyone has other plan...the planning pun tak begitu teliti..hehe..my bad my bad...still i pegi jugak sorang2 untuk amek gambar bunge2 yg berkembang..hehe...
disebabkan terleka snap2 gambar bunge,tak sedar dah nak masuk maghrib..hehe..berbuka kat bus stop jer ngan roti-aper-ntah nama dier ynag dibekalkan oleh Nadia..thanks so much..hehe
dlm kelam kabut nak naik bas,i telah tertinggalkan tripod kat situ,biler dah habes mkn roti tuh kat bas dan nak simpan bekas dier balik dlm beg and realised,tripod tader...huhu..bas pulak tgh berenti kat satu stop nih,turun kat stop tuh and then jalan merentasi Hyde Park to the stop where i took my bus earlier...Alhamdulillah ader lagi...hehe..naseb baik tader skuad bom ker polis ker yg dtg..kot2 la derang fikir yang aku sajer tinggalkan bom ke kat situ...hahaha...Alhamdulilah tader org nak amek tripod aku tuh. mari kita cuba bayangkan kalo tertinggalkan tripod kat CM or Pudu..hehe..maka selamat jalan romeo jer la....
okeh nih ader sedikit ayat yang begitu berkesan dihati saya...sajer nak kongsi
Al-Hujurat ayat 11
| Quote: |
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Sep-2006 02:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
sehari berjalan-jalan dengan acaq from randwick to Kingsford...
|
|
Semalam while i was on the way to Kingsford to pay for my flight tickets(going back this summer yay!)..i met acaq whose on her way back from uni..
"acaq,jom jalan2"...seperti bese acaq oke ajer..hehe..so kiterang patah balek ke umah acaq,sbb acaq lum solat zuhur..
Acaq was my junior back in Emaresem Jasin dulu...she call me 'Sempai' which mean senior..sbb dier suker bahase jepon...kekadang aku tensen gak...tapi aper bleh buat..dier dah terbiaser...
semalam biler abes jln2..balek umah aku ..kononnya nak buka puaser samer....tapi apakan daya ader sorang hamba Allah tuh lupa bawak kunci...sumer housemate kuar lak tuh..hehe..so no choice..balek ke umah acaq(ke bilik dier actually) and solat asar dan sempat la membuta sekejap kat katil dier...then bukak puasa ngan mihun,karipap dan air soya campur cincau...hehe..best...
jumpa Kak MItra yang baru nak pegi uni..hehe sian dier..org cuti dier still kene pegi uni buat research dier...negehehe..
berjalan naik ke randwick...jumpa tembok letak kamera trus la posing ehhehe..
air of spring...acaq yg suka bergaya..
acaq nak jugak2 mengenterkan diri dlm ini gambar..tangan jadilah,yek..
pokok bunge umah org on the way to randwick..
eceheh..aku pon nak enterframe...ngehehe...
bunga kat pokok2 kat Commerce courtyard tuh..biler close up cantek pulak...
dekat dgn Shalom college...
acaq beli cincau kat Oriental Randwick..
acaq yg dipaksa berlakon tgh tgk harga tiket flight..ngehehe...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Sep-2006 00:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
more kin's grad photo
|
|
Bismillah
As'kum
Juggling between assignments and photography..i can't upload all the photos in one go..so here goes..belen2 gambar arituh...
comel tak?
lagi satu gambar dari jauh....i raser yg nih lagi menggoda la dari yg fes kat entry sebelomnyer...
..........no comment....no comment....
kindo and yours truly..(footnote:kami sama tinggi..i merendahkan diri memberi peluang untuk kindo..kuang3..suker2 ati aku jer nak tulis aper kat sinih..haha)
kerjaya sambilan...paparazzi..gatal bukan maen
Yay! esok puaser...
i like puasa time sebab nnt tak keco2 nak carik makanan kalo lapar...kalo masa tak puasa,kat uni terasa lapar nnt i sanggup jln up to Randwick semata-mata nak mkn pizza halal..buang masa gak la...bleh abes half a chapter of econs reading kot masa yg digunakan tuh...
so tahun nih masuk tahun kedua akan berpuasa dan beraya diperantauan...last year maseh bleh tahan lagi la kot sebab ramai kakak2ku disini..sekarang depa suma dah balek..so cam sebatang kara gak la..hehe..kin and kak mitra still here kan...
cadangnya after i pass up my assignment nih cam nak kumpul member2 pegi darling harbour atau sydney opera house untuk tangkap gambar so bleh hantar kat UTUSAN..bleh gak la family kiterang tgk muka2 kiterang yg tak balek raya nih...
saper2 nak join bleh join(maknanya hehe..org2 kat sydney yg menengok-nengok page aku ni la kan)..masa dan tempat akan diberitahu kelak...pakaian mestilah baju kurung..time spring nih baru lah bleh pakai baju kurung pergi sana...kalo masa winter,maunya kejong masing2..hehe
marlina jamal wrote:
| Quote: |
nora - thanks..
kak own - kuang3...super impose yek...tak tahu nak buat caner...guna photoshop pun tak pandai...huhu...
kak rini - selamat berpuasa gak...kad rayer yg i ader nampak dijual oleh kawan2...tapi cam versi student kot...in my opinion agak tak seswai untuk kegunaan org dewasa yang telah berkeluarga..tapi tak tahu lah kot u berkenan jugak..as for me..i pun tak berkenan sgt..my taste ader siket konservatif..ngehehe..i'll ask them to send me a scanned pics of the kad raya..and i'll pass to you...
kak min - ngaaaaa...apekah!(belajar ckp 'apekah' dari maznah)...nantikan kepulangan i disember nih...tiket dah beli..ngehehe..Insya Allah kalo ader rezeki jumpa di Langkawi...
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Sep-2006 04:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kindo's graduation
|
|
Bismillah
As'kum
Semalam Kindo plak yang grad..Fes time masuk dewan majlis konvo uni..hehe..anyway..agak frustrated gak dgn indor images semalam...kat outdoor pun yer...org ramai sgt...gambar baling topi pun memang tak memuaskan..pendek kata im no good under pressure/high expectation...-sigh-...
antara my fav images
Kindo yang tetiba nampak comel plak dlm gambar nih..hehe..heavily edited becouse of the poor lighting(hehe nak jugak salahkan lighting) ataupun tangan aku yg tak berbedung..this was taken from my seat with full zoom..dgn perasan yg amat la bengang ngan sorang pakcik botak dok hanging kat my line of sight..biler shoot jer mesti kepala dier yg berkilat tuh masuk...tensen akak...you'll notice the "the knight with shining head" siket kat gambar nih..dier la tuh...
Kindo with her wonderful parent..Kin ikut muka ayah dier kan...hehe..(abes tuh nak ikut muka saper lagi ye tak)
all day i was trying to amek gambar candid kin..becouse Kin suka pose macho..kalo candid nnt baru la nampak keayuan sebenar Kin..ehehe..but this one is an exception..gadis ayu! awww..
nak amek gambar kat sini cam kener beratur la jugak..ramai yg suka amek gambar sini
kin dah penat senyum agaknya...
Kindo and Kak Mitra
rombongan Cik Kiah yang dtg memeriahkan majlis pada hari tersebut...dtg naik van surat khabar Preveen..hehe..
semangat giler abg tuh baling topi dier...ayah Kin sempat panggil org ramai2 baling topi samer2..hehe..not the shot that i wanted..but boley la kan..daripada takder..
yg bawah nih tader kaitan dari yang atas tuh...sajer nak kongsi...ayat2 motivasi untuk Muslimin..
Terjemahan Surah Al-Hadid ayat 22-23
| Quote: |
"Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi,dan tidak juga yang menimpa diri kamu,melainkan telah sedia ada di dalam Kitab(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian adalah mudah bagi Allah.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu,dan tidak pula bergembira(secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.Dan (ingatlah),Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,lagi membangga diri."
|
Marlina jamal wrote:
| Quote: |
kak ama - memang seronok pun..tang masuk dewan konvo tanpa pas yg sah lagi sronok..
kak own - dah grad dah pun makcik tu...cuma makcik yg nih jer blom lagi..upon careful inspection,i can conclude kin's eyes definitely from her father
lei - tenkiu2...tapi teruja-teruja nih yg susah sket nih..hehe sajer2 jugak tamo crop buang kepala pakcik tuh..biar sumer org tau..muahaha...balas dendam
kin - mate,u nak jugak masuk ini gambar yer(enterframe)
kak min - kak min miss u too..cuba gelak siket..ekeke...itulah nak balek gak..selain nak tangkap gambar sumer org..nak jugak tangkap gambar shiro
kak shasha - firstly im not a professional photographer,camera pun cikai jer..entah biler nak upgrade kepada SLR..i wish i had done a better job that day...hehe..kem slm ngan abg kamarul and boboy...memang dah jemu tgk gambar boboy kat desktop kin..tak tukar2 dari aritu...
qayya - kin memang semakin ayu..tapi jgn bagitau dier i ckp nih..karang takleh tido plak dier..u know her..kuikuikui
daa - dude,weh..lama tak dgr citer..thanks..i sehat..tukang tangkap gambar yang lonely..member 'menembak' tader huhu
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Sep-2006 12:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Geng Airport..
|
|
Bismillah
As'kum
Semalam g epot lagi anta kak qayya and her mum balik mesia..tader sessi sedey2 atau syahdu2 kali nih...ehehe...so inilah dier barisan geng2 epot yg setia pergi ke airport setiap kali ader org nak balek...
agaknya dalam setahun baper kali la kitorang gi airport...rasanya org yg keje kat krispy kreme tuh memang dah kenal kitorang yg slalu beli donut dier..ehehe..semlm i try mkn eskrem dier..sherbet lemon ker aper perisa dier..kak mitra kata mula2 raser cam sedap dua tiga kali rasa cam sabun pencuci pinggan pun ader...tapi yg manggo and passion fruit memang sedap la...
aweks..ha ha cepat lawan saper lagi cun..kuikuikui..kak maryam yang tak keruan kalo ader kamera menghala...mesti nak posing gak..ehehe..my next top model?..boleh tarining nih...bakat posing dah ader..ekekeke
oooh..kindo and kak mitra..kindo posing ayu..tak larats..
sedikit renungan bersama
| Quote: |
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
terjemahan ayat 26 Surah An-Nur
Terjemahan Hadis 1 Imam Nawawi
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Antara pengajaran hadis(ringkasan):
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata:
"Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat."
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Sep-2006 10:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Spring Graduation...
|
|
Bismillah
As'kum
Tadi majlis graduasi kak Qayya..tetapi malangnyer akunyer kelas dari kul 11 sampai 5..huuhu...nak ponteng,takut nnt masuk midsession exam..ahahaha...so dtg la pagi2 seblom dier masuk dewan..haha..kejadian pagitadi pun best gak..hehe..bleh tak pi tahan keter yg lalu sebab tetiba on the way tuh hujan..berkenalanlah ngan mamat omputih..nama dier Shawn...terima kasih bebanyak kat dier...sampai jer trus bawak kuar camera dan snap2 sampai masa kak Qayya nak masuk dewan..aku trus pi CLB untuk lecture Accounting..pas accounting plak ader lecture Macroeconmics..tapi biler sampai jer kelas 2 jam Macroeconomics setelah mendapat tahu this weeks lecture material is not included in the exam next week,trus sajer aku cau cincau....buang karen jer...
sambung balek amek gambar...
maybe ini kali terakhir kak Qayya jadik model aku..kikiki..masih lum menjumpai model yg bleh meneman aku menangkap gambar..huhu..bleh posing manja atau ayu tapi tak gedik...rasa aku banyak jer gadis2 ayu yg jatuh kategori nih..tapi susah lagi la kot nak cari yg penyabar and tahan melayan karenah aku yg cerewet nih..pastuh kene posing yg sama berkali-kali sebab blur la..setting tak betul la..kak mitra plak semakin bz ngan research..tader maser nak maen2..huhu..saper..saper mangsa aku lagi nih...
kak Qayya ngan bondanya...mak dier pun mesti sgt comel masa muda2 kan..maseh menten...
kak qayya and maznah..aku lupa nak buat lawak supaya maznah gelak at least senyum..ish..sori arr maznah aku luper..
ecehceh...main baling2 plak..maap ler mate..biler dah sampai umah barula figure out bender yg u nak utk gambar nih..haha..this will do la kan..
kak Qayya ngan kak MItra
kak Qayya and Leilani..member nih dari asal dari Jakarta..sungguh la comel dgr dier ckp dlm tepon ngan mak dier...
pinjam topi jap ekk mate..ehehe..memang teringin nak pakai nih..ahahaha...
Marlina's next top Model?? what say you?
Marlina Jamal wrote:
| Quote: |
tarmidzi - Thanks sbb kater gambar2 nih cantek..yup tahniah kepada kak Qayya...
hasnizam hashim - Thanks..pesanan akan disampaikan ke empunya diri
Dilot - ngahaha..dilot jahat yer!kak mitra kater nak membela naseb maznah sabtu nih..lantak tak tahu
Kak Nami - thanks sbb singgah..marilah meramaikan fp i nih..ngehehe..yup..pesanan dan ucapan tahniah akan disampaikan kepada kak Qayya
Arny(the observer kununs--uwekkks) - apekah??last2 ko tunjukkan jugak kasih sayang ko kat aku..kuikuikui..ko takleh lari mana arny..ko memang sayang kat aku..ngaku je lah..dah tertangkap tuh..ahahaha...
|
|
|
|
|
|